Isnin, 13 Oktober 2008

Raya Hari tu...

(mak, ain n makde)



(anis tengah tayang hamster dia yg tak nampak)

Raya hari tu... Ain beraya rumah opah cik dan tokcu di Ipoh. Ain makan aiskrim tu di rumah opah cik... Makde belanja! Eleh...setakat aiskrim... Tapi tahu ni makde belikan ain kasut raya. Cantik. Warna merah. tahun ni duit raya ain pun banyak. Mak nak masukkan dalam SSPN (eceh! macam iklan pulak). Actually ain nak beli keyboard dengan duit raya tu... Bukan keyboard komputer ek... ni keyboard yg macam piano. Organ. Semalam Ain dan usha2 dengan abah. Harga around RM175. Ok kot. Casio. Tapi abah kata kecik sangat. Nanti kalau mak setuju, ain ajak abah beli.

Hari raya haritu ain pergi karaoke. Pakyang yang bawak. Ain nyanyi lagu raya. Actually masa tu perut ain tak sedap. Muntah pasal terlebih makan makanan manis. So, muka ain pun tak ceria.


Ahad, 12 Oktober 2008

Abah belikan Hamster....















Pagi2 Ain, abah n mak keluar ke Pasar Jln Pudu. Sudah lama tak pergi. Ain n family breakfast di sebuah gerai di depan Pudu Plaza. Ain makan nasi lemak, abah makan kuewtiaw goreng. Mak pulak makan mi goreng. Memang selalunya kami akan makan di situ setiap kali ke Pasar Jalan Pudu.

Masa pergi tengok2 kat kedai binatang (sebenarnya kedai ikan). Ain suka sangat tengok hamster. Memang ain mahu bela hamster macam anis. Tapi mak kata, tak boleh! Abah? Hehehe... sporting! Abah belikan sepasang hamster jenis Winter... arghhh! lupa lak jenis winter apa... tapi yang penting ianya tidak menggigit (itu kata aunty yg jual tu pada ain).

Memang cute sangat hamster tu. Ain namakan Willie dan Winnie (Itu nama yang abah bagi sebenarnya). Tapi Ain nak panggil Willie dan Aiman. Nampak cute hamster bernama Aiman. Balik saja ke rumah. Mak keluarkan kandang hamster yg lama. Dah berhabuk. Ain n mak cuci kandang tu. Mak suruh Ain masukkan serbuk kayu ke dalam kandang.... Dan... Taraaaaa... Willie n Aiman sudah punya rumah! Enjoy!

Rabu, 8 Oktober 2008

Semalam...

semalam ain tunggu mak balik. lambat. mak pegi beli barang dapur. mak balik dan ambil ain di taska. mak belikan oren twister untuk ain. masam. ain minta mak pasangkan dvd cerita dunia baru the movie lagi. dah banyak kali tengok. tak jemu pun. ain suka part opie dgn adif nyanyi lagu sepohon kayu. So cute!

malam tadi lepas makan malam. abah cerita pasal nabi sulaiman dengan puteri balqis. opah dah pernah cerita. ngantuk. ain lebih suka cerita nabi sulaiman bercakap dengan semut. rumah ain banyak semut. kalaulah ain boleh cakap dengan semut... erm!

mel, anak kucin ain dah 3 hari tak balik rumah. ibunya ada. mana pergi mel? makanannya masih banyak. ain nak bela hamster macam anis. tapi mak taknak. sebab mak kata, nanti hamster tu akan makan anak2nya balik. ianya pernah berlaku.

ain nak tidur dan suruh mak tepukkan. cerita abah pun tergantung sebab ada kawannya call. mak tak habis2 main sms dengan aunty juana. oh! lupa nak bagitau. sebelum makan malam, ain berbual dengan nica dan rafli on phone. tapi mak yg lebih2 bersembang dengan aunty juana. sangat penat!

hari ini harijadi makde... Happy Birthday Makde!

Selasa, 7 Oktober 2008

Belajar Memandu Bersama Kak Fad


Actually ni gambar after makan2 at Kenny Rogers , Times Square. Ain merengek kat mak nak naik roller coaster tapi, mak said, Cannot! (ikut iklan U-Mobile).... alasan mak, Ain masih kecil. Kenapa lah budak kecil selalu di diskriminasikan? haighhhzzz!
So, untuk tidak banyak ragam lagi, ain setuju je naik kereta2 elektronik ni. Kak Fad kata nak pegi genting, so ain drive la sampai genting... hehehe...

Acara makan2





Disebabkan ain buat blog ni dah lambat, so ain nak cerita macam2 yang ain terlepas nak cerita. Ini gambar masa ada majlis makan2 dgn kawan2 mak di times square. masa ain jejakkan kaki ke times square ain dah mula merengek nak naik roller coaster. Tapi mak tak bagi... sebab ain kecil lagi. Tapi sebelum tu ain makan2 dgn mak dan kwn2 mak sebab nak sambut birthday mama Lala... aunty Raihana. nampak tak Lala tersipu-sipu? Sebenarnya Lala tengah makan masa tu. Tu pasal dia tersipu-sipu.


Baby Arfan tu susah betul nak suruh dia tengok kamera. tapi baby tu cumel sangat macam aunty raihana.... sebelah baby arfan adalah papa dia, uncle Gandum. Bila la ain nak jumpa Lala n baby Arfan lagi.

Percubaan....




Ini percubaan untuk buat blog Ain. Ain suka komputer dan menyanyi. Ain nak jadi angkasawan (sebab mak kata jangan jadi penyanyi). Ain suka muzik. Abah ajar Ain main gitar kapok abah yang abah bagi namanya Cik Azura. Kenapa Abah bagi nama begitu? Mak aje yang tahu....