Rabu, 12 Oktober 2011

gua tempurung pulak...



dalam ni gelap gelita...seram...seram
control seram

Bulan 7 lepas ain balik kampung dengan mak lagi. Selalunya kalau balik batu gajah mesti time abah kerja, dan tak boleh balik sama. mak yang drive kete bawak ain balik kampung. masa ni mak balik kampung saja2 je nak melawat opah. masa nak balik KL mak bawak ain jalan2 pegi gua tempurung. sebenarnya ain memang teringin nak pegi gua tempurung sebab selalu nampak signbod setiap kali balik kampung. jadi mak pun xbanyak cakap terus drive masuk kawasan gua tempurung.

Masa kami sampai tempat tu dah nak tutup. abang kaunter tu cakap, tak boleh masuk dah, sebab ranger tu guide tourist masuk dalam last pukul 4. so, kami datang pukul 4.30. abang kaunter tu cakap, boleh masuk bahagian dalam sikit je, tak boleh naik tangga yang kat dalam tu. tapi bila masuk sikit je kat dalam gua tu, ain rasa tak payah la masuk dalam lagi...gelap gelita tu!


kisah seram yang tak berapa nak seram... hihihi

"mayang mengurai, mayang terurai, uraikan rambutmu yang panjang berjurai..." pernah dengar tak dialog tu? itu le dialog perempuan sihir dalam cerita mayang mengurai. Sebenarnya lokasi cerita mayang mengurai tu dekat je dengan kampung mak di batu gajah. Nama tempat tu Kellie's Castle... banyak kali dah ain ajak mak datang sini, ain nak tengok sendiri tempat ni macam mana... tapi mak selalu xsempat nak singgah... tapi beberapa bulan lepas masa balik kampung dengan mak, mak singgah kat Kellie's Castle... seram jugak tempat ni.

Kata mak, dulu di sini ada macam2 binatang, ada rusa, landak, monkey, rabbit... tapi sebab tempat ni xramai pengunjung and agak 'keras' sikit, jadi binatang tu pun xdipelihara lagi. Mungkin pengurusan tak larat nak bagi makan and xorang nak jaga kot... So ain ambil gambar je kat sini... layan!

padang rumput tu memang cantik, bersih tanpa sampah
Tak sempat baca habis... panjang sangat
pokok ni ada bentuk beruang? tapi ain tengok macam bentuk muka harimau jek... siap dengan badan sekali
Kellie's Castle

Pergi Taiping dengan Kesayangan....

Layan gambar je bolehkan? Hehehe... dah lenguh taip!

Tempat:- Zoo Taiping
Bulan :- Nov 2010 kowt...

Ain pun tak ingat bila, tapi dalam masa tu kot... masa ni ain masih rambut panjang, mean masa ain umur 6tahun, bila masuk darjah 1 jek... mak terus bawak pegi saloon utk potong rambut...

Masa pergi taiping ni, pergi berkelah2 dengan keluarga Opah Cik, masa tu baby Normi pun ada. Gambar baby Normi xdapat snap, sebab dia kecik lagi...
Bersama budak demok nama Hakim yang cute n notty nih
Gajah ni nama Larut
wif mama...


cuti2 @ cameron highland (April 2011)

Tadaaa.... masa bulan 4 hari tu ain pegi cuti2 dengan mak, opah, makngah, makde, pakyang, achik & maksu yang menyeronokkan. Kami tidur di sebuah chalet namanya Marina Resort. Tempat itu di Taman Sedia, cantik dan ada kebun kobis dan strawberi di hadapan rumah orang. Kalaulah rumah Ain dekat sini, mesti Ain selalu makan strawberi. Buah2nya lebat. Dan paling Ain suka Aiskrim Strawberri yang lazat tu. Walaupun kesejukan sebab cuaca di Cameron Highland sangat sejuk macam kat luar negara yang ada salji.

Ain tanya mak, sama ada di cameron ni ada salji tak. Dan bila dia akan turun. Mak cakap, tak ada. Ok frust dengan jawapan mak. Hehehe... tapi tak kisah la, janji mak bawak jalan-jalan.
hati girang bila dapat makan
makngah hadiahkan ain bantal ni...
ni dekat taman Mardi, ada ikan besar2 n ain bagi makan pada ikan2 tu
tadaa... ni adik ain, hakim-anak makngah... comei kan, dia panggil puting tu, 'T'... dia nakal tapi bijak sangat, dia panggil ain, 'akak'....
after morning walk semua posing depan signbod Parit Falls...

Morning walk dengan family menyeronokkan, masa ni di kawasan Parit Falls, ingatkan airnya boleh mandi, rupanya kotor & keruh.... tak jadi nak mandi. Tengok Hakim tu, tak mahu orang pegang dia, nak jalan sendiri
suasana malam di kawasan resort tempat ain menginap pun banyak bunga dan lampu2 yang cantik2.
dengan maksu, makan strawberi celup coklat yang mak beli dari pasar malam Brinchang. Ain tak pergi pun pasar malam, sebab sesak sangat, so duduk diam2 dalam kereta.
Depan rumah orang yang tinggal di Taman Sedia ni ada kebun kobis okeh! Bukan kebun kobis aje, ada juga kebun strawberi, daun pudina, jagung manis, dan anggur! Ain tak snap gambar kebun anggur sebab macam menyeramkan jek...
ceria semua orang ni kan?

Ok, nanti letak gambar banyak2 slow pulak internet kan? Jadi cukup la gambar yang ada... Lepas ni ain nak cerita tempat2 lain yang ain pergi dengan keluarga....

2 tahun Ain tak update blog...

Sangat lama kan? last update blog masa umur 5 tahun, sekarang sudah 7 tahun. Banyak perkara yang Ain xceritakan di sini kan... Banyak perkara yang missed... Dalam tempoh 2 tahun juga berat badan Ain pun bertambah. Dari sekolah tadika sekarang sudah masuk ke sekolah menengah. Ain rasa lepas ni Ain akan selalu menulis di blog. Lagipun malas nak update status di fesbuk, leceh!

Nanti ain ceritakan apa yang ain buat dengan family & kawan2 sepanjang dua tahun ini...


Check it out!

Ain dah 7 tahun!

Hari lahir Ain yang ke 7 ain sambut 2kali. Selalunya setiap tahun pun Ain sambut 2 kali, sebab emak akan sambutkan hari lahir Ain and next day, opah atau makngah akan buat sambutan yang sama. Tahun 2011 ni pulak, mak & abah buat majlis and bbq kat rumah Opah & Atuk Tanjung (sebelah abah) di Ipoh. Walaupun tak ramai yang datang cuma ahli keluarga and family Uncle Mie, tapi Ain sangat seronok.

Ain tak harapkan sangat apa-apa hadiah, Ain cuma harap Allah akan panjangkan umur Ain dan keluarga Ain especially mak & abah... Ain sayang mereka! Sebab tanpa mereka Ain tidak ada dalam dunia ni!

Potong Kek Dengan Hakim
Kek hadiah dari Makngah


dengan mak & abah

ain dah 7 tahun!