Rabu, 12 Oktober 2011

Ain dah 7 tahun!

Hari lahir Ain yang ke 7 ain sambut 2kali. Selalunya setiap tahun pun Ain sambut 2 kali, sebab emak akan sambutkan hari lahir Ain and next day, opah atau makngah akan buat sambutan yang sama. Tahun 2011 ni pulak, mak & abah buat majlis and bbq kat rumah Opah & Atuk Tanjung (sebelah abah) di Ipoh. Walaupun tak ramai yang datang cuma ahli keluarga and family Uncle Mie, tapi Ain sangat seronok.

Ain tak harapkan sangat apa-apa hadiah, Ain cuma harap Allah akan panjangkan umur Ain dan keluarga Ain especially mak & abah... Ain sayang mereka! Sebab tanpa mereka Ain tidak ada dalam dunia ni!

Potong Kek Dengan Hakim
Kek hadiah dari Makngah


dengan mak & abah

ain dah 7 tahun!

Isnin, 29 Disember 2008

Bercuti ke Pangkor



Pergi Pangkor lagi dengan opah, atuk, mak, abah, acu, maksu dan baby Syada. Geram tengok baby Syada, asyik menjerit. Seronok mandi laut. Tapi abah kata tak boleh tengok ikan dan naik bot macam dulu. Ombak kuat dan hujan renyai2.

Memancing di Kolam Ah Chong







Masa balik kampung emak di Batu Gajah, abah bawa pergi memancing di Kolam Ah Chong di Tronoh. Tapi Ain tak dapat ikan. Abah pun tak dapat ikan juga. Mungkin sebab terlalu panas petang itu jadi ikan tak mahu makan umpan. Tidak ada rezeki.

Selasa, 18 November 2008

Penyampaian Sijil 15-11-2008






Hari penyampaian sijil di taski abim kg pasir. Ain dapat no 3 dalam kelas 4 tahun. dapat banyak hadiah dari taski. bila opah datang tambah lagi hadiah ain.

Selasa, 4 November 2008

Putrajaya 4-11-2008







Semalam mak cuti... mak bawa jalan2 pegi Putrajaya... actually sebab ambil opah cik yg tengah seminar kat sana. So sempat gak posing kat depan tasik. Hehehe...

Sunway Lagoon 2-11-2008





Hoyeh..... Abah bawak pegi Sunway Lagoon ahad lepas... Puas Ain berendam. Sampai terbakar kulit muka.... Enjoy!

Isnin, 3 November 2008

Rambut baru Ain

ada rupa Opie dlm Dunia Baru tak?

Sabtu lepas ikut mak beli barang dapur. Mak hantar puding roti kat mak ngah di bandar kinrara sekali. Kemudian, mak belikan Ain sehelai blous. Kemudian mak suruh Ain potong rambut kat kedai dlm giant tu. Ain memang nak potong. Ain nampak muka abah dah lain. Mak pun cuak sikit nak suruh potong pendek. Ain pun taknak pendek sangat. So, mak cakap, layer kan aje rambut Ain kasi nipis. Anty tu buatla. Ain rasa ok je.