Ahad, 12 Oktober 2008

Abah belikan Hamster....















Pagi2 Ain, abah n mak keluar ke Pasar Jln Pudu. Sudah lama tak pergi. Ain n family breakfast di sebuah gerai di depan Pudu Plaza. Ain makan nasi lemak, abah makan kuewtiaw goreng. Mak pulak makan mi goreng. Memang selalunya kami akan makan di situ setiap kali ke Pasar Jalan Pudu.

Masa pergi tengok2 kat kedai binatang (sebenarnya kedai ikan). Ain suka sangat tengok hamster. Memang ain mahu bela hamster macam anis. Tapi mak kata, tak boleh! Abah? Hehehe... sporting! Abah belikan sepasang hamster jenis Winter... arghhh! lupa lak jenis winter apa... tapi yang penting ianya tidak menggigit (itu kata aunty yg jual tu pada ain).

Memang cute sangat hamster tu. Ain namakan Willie dan Winnie (Itu nama yang abah bagi sebenarnya). Tapi Ain nak panggil Willie dan Aiman. Nampak cute hamster bernama Aiman. Balik saja ke rumah. Mak keluarkan kandang hamster yg lama. Dah berhabuk. Ain n mak cuci kandang tu. Mak suruh Ain masukkan serbuk kayu ke dalam kandang.... Dan... Taraaaaa... Willie n Aiman sudah punya rumah! Enjoy!

Tiada ulasan: