Isnin, 29 Disember 2008

Bercuti ke Pangkor



Pergi Pangkor lagi dengan opah, atuk, mak, abah, acu, maksu dan baby Syada. Geram tengok baby Syada, asyik menjerit. Seronok mandi laut. Tapi abah kata tak boleh tengok ikan dan naik bot macam dulu. Ombak kuat dan hujan renyai2.

Memancing di Kolam Ah Chong







Masa balik kampung emak di Batu Gajah, abah bawa pergi memancing di Kolam Ah Chong di Tronoh. Tapi Ain tak dapat ikan. Abah pun tak dapat ikan juga. Mungkin sebab terlalu panas petang itu jadi ikan tak mahu makan umpan. Tidak ada rezeki.

Selasa, 18 November 2008

Penyampaian Sijil 15-11-2008






Hari penyampaian sijil di taski abim kg pasir. Ain dapat no 3 dalam kelas 4 tahun. dapat banyak hadiah dari taski. bila opah datang tambah lagi hadiah ain.

Selasa, 4 November 2008

Putrajaya 4-11-2008







Semalam mak cuti... mak bawa jalan2 pegi Putrajaya... actually sebab ambil opah cik yg tengah seminar kat sana. So sempat gak posing kat depan tasik. Hehehe...

Sunway Lagoon 2-11-2008





Hoyeh..... Abah bawak pegi Sunway Lagoon ahad lepas... Puas Ain berendam. Sampai terbakar kulit muka.... Enjoy!

Isnin, 3 November 2008

Rambut baru Ain

ada rupa Opie dlm Dunia Baru tak?

Sabtu lepas ikut mak beli barang dapur. Mak hantar puding roti kat mak ngah di bandar kinrara sekali. Kemudian, mak belikan Ain sehelai blous. Kemudian mak suruh Ain potong rambut kat kedai dlm giant tu. Ain memang nak potong. Ain nampak muka abah dah lain. Mak pun cuak sikit nak suruh potong pendek. Ain pun taknak pendek sangat. So, mak cakap, layer kan aje rambut Ain kasi nipis. Anty tu buatla. Ain rasa ok je.

Isnin, 13 Oktober 2008

Raya Hari tu...

(mak, ain n makde)



(anis tengah tayang hamster dia yg tak nampak)

Raya hari tu... Ain beraya rumah opah cik dan tokcu di Ipoh. Ain makan aiskrim tu di rumah opah cik... Makde belanja! Eleh...setakat aiskrim... Tapi tahu ni makde belikan ain kasut raya. Cantik. Warna merah. tahun ni duit raya ain pun banyak. Mak nak masukkan dalam SSPN (eceh! macam iklan pulak). Actually ain nak beli keyboard dengan duit raya tu... Bukan keyboard komputer ek... ni keyboard yg macam piano. Organ. Semalam Ain dan usha2 dengan abah. Harga around RM175. Ok kot. Casio. Tapi abah kata kecik sangat. Nanti kalau mak setuju, ain ajak abah beli.

Hari raya haritu ain pergi karaoke. Pakyang yang bawak. Ain nyanyi lagu raya. Actually masa tu perut ain tak sedap. Muntah pasal terlebih makan makanan manis. So, muka ain pun tak ceria.