Rabu, 12 Oktober 2011

cuti2 @ cameron highland (April 2011)

Tadaaa.... masa bulan 4 hari tu ain pegi cuti2 dengan mak, opah, makngah, makde, pakyang, achik & maksu yang menyeronokkan. Kami tidur di sebuah chalet namanya Marina Resort. Tempat itu di Taman Sedia, cantik dan ada kebun kobis dan strawberi di hadapan rumah orang. Kalaulah rumah Ain dekat sini, mesti Ain selalu makan strawberi. Buah2nya lebat. Dan paling Ain suka Aiskrim Strawberri yang lazat tu. Walaupun kesejukan sebab cuaca di Cameron Highland sangat sejuk macam kat luar negara yang ada salji.

Ain tanya mak, sama ada di cameron ni ada salji tak. Dan bila dia akan turun. Mak cakap, tak ada. Ok frust dengan jawapan mak. Hehehe... tapi tak kisah la, janji mak bawak jalan-jalan.
hati girang bila dapat makan
makngah hadiahkan ain bantal ni...
ni dekat taman Mardi, ada ikan besar2 n ain bagi makan pada ikan2 tu
tadaa... ni adik ain, hakim-anak makngah... comei kan, dia panggil puting tu, 'T'... dia nakal tapi bijak sangat, dia panggil ain, 'akak'....
after morning walk semua posing depan signbod Parit Falls...

Morning walk dengan family menyeronokkan, masa ni di kawasan Parit Falls, ingatkan airnya boleh mandi, rupanya kotor & keruh.... tak jadi nak mandi. Tengok Hakim tu, tak mahu orang pegang dia, nak jalan sendiri
suasana malam di kawasan resort tempat ain menginap pun banyak bunga dan lampu2 yang cantik2.
dengan maksu, makan strawberi celup coklat yang mak beli dari pasar malam Brinchang. Ain tak pergi pun pasar malam, sebab sesak sangat, so duduk diam2 dalam kereta.
Depan rumah orang yang tinggal di Taman Sedia ni ada kebun kobis okeh! Bukan kebun kobis aje, ada juga kebun strawberi, daun pudina, jagung manis, dan anggur! Ain tak snap gambar kebun anggur sebab macam menyeramkan jek...
ceria semua orang ni kan?

Ok, nanti letak gambar banyak2 slow pulak internet kan? Jadi cukup la gambar yang ada... Lepas ni ain nak cerita tempat2 lain yang ain pergi dengan keluarga....

Tiada ulasan: